Malaysia

Ini 10 Keperluan Essential Untuk Dibawa Masa Bercuti Di Pulau. Boleh Kurangkan Berat Beg!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bercuti ke pulau sememangnya sangat menyeronokkan, bukan saja boleh menikmati keindahan alam malah dapat mencuba aktiviti baru

Di Malaysia, terdapat pelbagai pulau yang cantik antaranya Pulau Tioman, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Pangkor dan banyak lagi pulau private yang boleh diterokai bersama tersayang.

Macam-macam aktiviti adventurous dan extreme dapat dilakukan di sana. Anda boleh cuba snorkelling, scuba diving, parasailing, jet ski, banana boat dan banyak lagi.

Buat yang pertama kali, sudah pasti terlintas dalam fikiran anda tentang keperluan apa yang perlu anda bawa apabila pergi ke pulau bukan?

Haa, jangan risau. Kami akan kongsikan keperluan essentials yang anda wajib bawa bila nak pergi pulau. Jom ikut list di bawah, bolehlah kurangkan beban dan berat beg nanti!

Image via GIPHY

1. Bagpack

Image via Trip Hackerz

Anda dinasihatkan untuk membawa bagpack berbanding luggage. Kalau anda tinggal di resort atau hotel yang menyediakan luggage service, anda boleh bawa luggage. Jika tidak, anda disarankan untuk membawa bagpack sebab ada chalet yang terletak jauh daripada jeti terutamanya di Pulau Perhentian. 

Dengan tanah yang berpasir, anda tidak akan dapat menyeret luggage anda. Haa, kan lagi berat tu? Jadi, lebih baik guna bagpack! Banyak tau kelebihan bagpack, boleh sumbat banyak barang, baju dan ada banyak poket. 

*Dalam beg ni, jangan lupa masukkan baju secukupnya dan toiletries anda!

2. Ubat-ubatan

Image via Malaysian Gazette/ Dont Waste Your Money

Pastikan anda bawa ubat-ubatan yang perlu. Jika anda mabuk laut, pastikan beli ubat terlebih dahulu. Pastikan bawa juga ubat nyamuk terutamanya yang ada anak kecil. 

3. Baju renang

Image via LILIT

Baju renang memang wajib bawa. Yelah pergi pulau confirm nak mandi pantai, nak snorkeliing betul tak? Jadi anda perlukan baju yang boleh dibawa masuk dalam air. Banyak baju renang yang cantik dan fashionable terdapat di pasaran. Nak satu set ada, mix and match pun ada! 

Boleh tengok link ini kalau nak beli baju renang. 

4. Aquashoes

Image via SAYS/Ellina

The best shoes ever! Kalau ada melibatkan aktiviti air ataupun snorkelling, anda disarankan untuk memakai aquashoes. Bukan saja ringan, memang selamat bila dibawa masuk dalam air. Tak adalah anda tercedera bila snorkelling tengok coral nanti!

Boleh beli di Shopee, Sports Direct atau Decathlon.

5. Sunscreen

Image via SAYS/Ellina

Ini kalau tak bawa, boleh menangis! Memang kulit akan sunburn dan pedih. Jangan lupa untuk sapukan pada muka dan seluruh badan sebelum anda berpanasan ya. Make sure untuk reapply juga. Yang penting, cari sunscreen yang waterproof kalau anda bakal melakukan aktiviti snorkelling. 

Nak cari sunscreen yang best? Check out di sini

6. Beg kalis air

Image via Hypergear

Kalau anda nak lakukan aktiviti air, sebaiknya anda simpan barang berharga seperti kunci bilik, telefon dan duit di dalam beg yang kalis air. Perkara ini untuk mengelakkan barang anda basah dan kemudian rosak. Beg ini memang function! 

7. Waterproof phone casing

Image via Joom

Setiap momen itu sangat berharga dan perlu ambil gambar bukan? Haa, ini dia casing phone kalis air. Boleh dibawa dan dipakai semasa anda melakukan aktiviti air semasa snorkelling. Barulah boleh ambil gambar ikan atau penyu. 

Tips: Jangan sesekali buka ziplock casing selepas anda masukkan phone sebab air akan mengalir ke dalam casing. Anda disarankan keluarkan telefon selepas aktiviti selesai. 

8. Selipar slip on

Image via Metropoles

Anda tak perlukan kasut yang fancy dan trendy semasa di pantai atau pulau. Asalkan selesa dan senang dipakai. Ingat, anda akan berjalan di atas pasir, jadi kalau anda pakai kasut yang lawa sudah tentu anda akan rasa geram dan annoyed. 

9. Snorkelling set

Image via DIVEIN

Selalunya jika anda pergi snorkelling, anda akan diberikan alatan snorkelling. Jika tidak, anda perlu menyewanya. Jika anda ingin membeli terlebih dahulu pun boleh, lagi terjamin kebersihan! Boleh cuba cari di kedai alatan sukan seperti Sports Direct atau Decathlon.

10. Topi pantai

Image via SAYS/Ellina

Topi pantai bukan saja boleh buat OOTD tau. Topi itu boleh mengelakkan muka anda terkena daripada sinaran cahaya matahari yang panas. Bolehlah kalau nak elak sunburn sikit. 😛

Ada apa-apa lagi tak yang tinggal? Jangan lupa semua barang di atas. Enjoy your island trip! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:



Follow On Google News

Share this news on your Fb,Twitter and Whatsapp

File source

Times News Express – Breaking News Updates – Latest News Headlines
Times News Express||USA NEWS||WORLD NEWS||CELEBRITY NEWS||POLITICS||TOP STORIES

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
Close